Monday 28 September 2015

solat.zakat dan nadihat

ENTRI 26
TEKS; FACEBOOK

SOLAT, ZAKAT & NASIHAT.
Pernah berlaku di zaman khalifah Abu Bakar As Siddiq seorang sahabat telah meninggal dunia. Setelah mandi dan dikafankan lalu di letakkan di satu sudut rumah untuk di solatkan. Semasa solat itu dimulakan tiba2 mayat itu bergerak-gerak, tampillah seorang drpd mereka utk mnghuraikan ikatan kafan kerana mnyangka mayat itu masih hidup.
Tatkala kain kafan itu trbuka alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekor ular. Lalu mereka mengambil kayu utk memukul ular tersebut. Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu menyebut dua kalimah syahadah serta berkata: "Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akirat". Para hadirin bertanya: "Apakah yg mnyebakan mayat ini disiksa ?" Ular menjawab: "Mayat in selama hidupnya telah melakukan 3 kesalahan iaitu:
Pertama: Ia mendengar azan tetapi diindahkan malahan tidak pula mngerjakan solat.
Kedua: Ia tidak mengeluarkan Zakat hartanya.
Ketiga: Ia tidak mahu mendengar nasihat2 yg baik drpd alim ulama.
Itulah disiksa sedemikian rupa ..Jadi,
1.PELIHARALAH SOLAT
2.BAYARLAH ZAKAT
3.DENGARLAH NASIHAT YG BERGUNA
Ayuh ambil ikhtibar dari kisah ini.

No comments:

Post a Comment