Tuesday 29 December 2015

kerja sekolah

ENTRI 45
TEKS;ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Alhamdulillah syukur dapat siapkan  kerja sekolah yang cikgu beri.Maklumlah saya ini jenis tidak suka menaip.mengarang dan sebagainya.Hendak bercerita pun tak pandai.Mungkin sifat malas saya.Tapi untuk kehadiran tahun baru ini saya berazam untuk perbaiki mutu blog saya.Cikgu-cikgu yang budiman sudilah kiranya mengajar saya anak murid tua ini.

Terimakasih cikgu-cikgu di ABDR yang banyak beri peluang bagi kami mempelajari ilmu baru.
Insyaallah kami akan berusaha sebaik mungkin.

9 perkara

ENTRI 44
TEKS; DR AZIZAN OSMAN

9 PERKARA YANG PERLU DI BAIKI.

Hari ini saya ingin berkongsi 9 perkara  yang kita boleh buat untuk menilai pencapaian kita pada tahun 2015 dan apakah perkara yang kita perlu  kita lakukan bagi membuka tirai tahun 2016

#1 MENILAI SEMULA
Saya mencadangkan anda menilai semula kebahagiaan anda pada tahun 2015, adakah anda cukup bahagia? Bahagia ini adalah satu perasaan yang dapat anda rasa, kegembiraan yang anda raikan dalam setiap perkara. Pasti anda melalui ‘ups & down’ sepanjang 2015 bukan? Tetapi jatuh bangun itu tetap membuat anda rasa bersyukur dan anda sentiasa berada dalam‘STATE’ bahagia. Dalam skala 10 markah, berapa yang anda beri untuk kebahagiaan anda?
#2 TAHAP KEWANGAN
Adakah anda melihat kewangan anda lebih baik pada tahun 2015 jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya? Dan berapakah markah yang anda beri? Jika 10 markah penuh, berapa pula yang akan anda bagi untuk tahun 2016 bagi kepuasan diri anda. Sekiranya puas hati dan anda hanya beri 7 markah, maknanya ada benda yang anda perlu perbaiki pada tahun 2016.
#3 PERHUBUNGAN & SILATURRAHIM
Bagaimana hubungan anda bersama keluarga sepanjang 2015? Memuaskan? Nilai semula hubungan bersama suami isteri, ibu bapa, adik beradik dan anak beranak, berapakah markah yang anda beri? Kalau 10 markah, bermaksud hubungan kekeluargaan anda sempurna, jika kurang maknanya anda perlu menambah baik pada tahun 2016.
#4 KOMITMEN SUMBANGAN
Komitmen sumbangan yang bagus. Maksudnya, anda mempunyai komitmen sedekah setiap bulan atau setiap minggu. Allah tidak menilai besar atau kecil gaji yang anda terima, tetapi Allah menilai apa yang anda beri. Tidak kira banyak atau sikit, tetapi adakah anda set komitmen itu? Berapa markah yang anda beri pada 2015 dan apa yang perlu anda perbaiki pada 2016?
#5 MEMANFAATKAN ORANG LAIN
Adakah anda melihat tahun 2015 ini anda seorang yang memberi manfaat kepada orang lain. Saya sering kali menyebut hadis ini, ‘SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN’. Adakah anda telah menambah nilai dalam kerjaya anda, perniagaan anda sebagai suri rumah, pelajar. Adakah anda buat yang terbaik dan memberi manfaat kepada orang lain.
#6 MENJADI INSPIRASI
Adakah anda menjadi inspirasi pada 2015. Adakah anda seorang contoh, model kepada orang lain. Sebagai contoh, kalau macam anda buat kerja bos, anda akan cakap tengok orang tu, buat kerja cepat, datang kerja awal. Adakah anda macam tu? Atau anda perlu perbaiki lagi supaya anda menjadi lebih baik daripada tahun ini. Berapa markah anda bagi?
#7 CAPAI MATLAMAT
Adakah anda berjaya capai apa yang anda nak capai tahun 2015 ni. Kalau anda kata 10, insyaAllah anda dah capai segalanya tahun ini. Kalau tak, anda kena set apa yang anda nak perbaiki pada tahun 2016. Berapakah tahap kejayaan anda pada 2015, dan fokus untuk memperbaikinya pada tahun 2016.
#8 KEROHANIAN ANDA
Perhubungan anda dengan Allah. Perhubungan anda adalah amalan anda. Perhubungan anda dalam memperbaiki tahap kerohanian ‘spiritual’ anda. Sebab hidup ini at the end of the day anda inginkan ketenangan jiwa, anda ingin mencari keredhaan Allah. Anda ingin memperbaiki hubungan anda dengan Allah supaya boleh balik hidup tenang. So, berapa markah kita nak bagi untuk komitmen bangun pagi, solat taubat, solat tasbih, bangun tahajud, amalan baca al-Quran dan amalan-amalan lain.
#9 DISIPLIN MASA
Adakah 2015 ini anda hidup dengan disiplin masa yang bagus? Adakah anda guna masa anda dengan sebaiknya? Anda tak terganggu dengan benda lain di persekitaran anda sehingga menyebabkan fokus anda lari. Berapa markah anda nak bagi? Kalau 10 tu markah yang anda beri untuk 2016, kalau tidak, apakah yang anda ingin perbaiki pada 2016?
Perkongsian saya ini diharap dapat memberi manfaat kepada anda. Fikir-fikirkan dan jangan ambil mudah kerana hidup ini hanya sementara. Kita nak jadikan hidup di dunia ini yang terbaik dan juga akhirat kita yang terbaik.
Saya doakan anda bahagia bersama keluarga anda. Saya ingin kongsikan 1 ayat yang saya baca pagi ini, ayat yang dikongsikan dari Islamic Relief Centre ini menarik perhatian saya –TANGAN YANG MENGHULURKAN BUNGA MAWAR PASTI AKAN HARUM. Maksudnya orang yang memberi kebaikan kepada orang lain insyaAllah akan mendapat kebaikan tersebut.

Jumpa lagi di tahun 2016!
Salam Kejayaan.
Dr Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

TEMPHAN JAHITAN DI BUKA

ENTRI 43
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Jahit baju sendiri.
Sudah hampir dua tahun tidak ambik tempahan jahitan.Namun darah yang mengalir dalam diri saya ini adalah darah si tukang jahit.Meroyan tidak tentu hala jika tidak dapat menjahit.

Rasa-rasanya macam teringin pulak hendak  ambik tempahan balik.Tapi kali ini saya nak ambik tempahan baju secara atas talian aje.Apa pandangan kawan-kawan semuaa.
Senarai harga untuk upah jahit akan di keluarkan nanti.

Monday 28 December 2015

kenangan lama

ENRTI 41
TEKS;ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Pengalaman si tukang jahit.
Assalamualaikum semua.Apa khabar ketika ini.Pastinya tukang jahit sedang bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pelanggan.Pakaian pengantin,pakaian sekolah,pakaian rasmi sekolah dan bermacam-macam lagi jenis tempahan.Saya pun dulu macam itu.Asyik duduk kat depan mesin jahit juki.Kejar tarikh pelanggan hendak ambik baju.

Manakan hendak jahit baju sekolah anak sendiri.Masa itu semua enam orang anak saya masih bersekolah.
Seorang dua pasang.Jika enam orang jadinya dua belas pasang hendak di jahit.Pergi kedai kain beli kain putih berela-ela banyaknya.Kain biru untuk kain sekolah rendah.Kain biru untuk sekolah menengah.Kain nipis untuk tudung dan bermacam-macam kain di beli.

Masa inilah jugak para ibubapa hantar baju-baju anak-anak mereka untuk jahit tanda nama dan lencana.
Ada tu nak cepat sebab anak-anak hendak balik asrama.Pelbagai lagi kerenah pelanggan.Layankan ajelah demi hobi saya sebagai tukang jahit.Walaupun penat tetapi seronok.

Tetapi itu semua tinggal kenangan sahaja.Saya sudah dua tahun tidak ambik sebarang tempahan jahit baju.
Saya lebih fokus kepada jual barang-barang jahitan secara atas talian.Mula-mula itu takut juga..Almaklumlah tiada ilmu.Lama-lama makin berani.Hingga kini perniagaan atas talian masih berlangsung.Di tambah lagi dengan perniagaan berbilang tingkat bersama produk-produk kesehatan yang semua orang cari.

Wednesday 16 December 2015

catatan seorang teman

ENTRI 40
TEKS; SURTIMA YUSUF


Perkongsian ilmu

Assalamulaikumm
Alhamdulillah sy sikit2 da kembali ke mata malaysia...x sedo dr sekejap balik dr arab termata arab agagagagaga...nk tdo saje kije nye...org tido tgh mlm den bekeliaran cari makan mlm2 bute..lapau..mata sugar bugar sehat walafiat..org nk bangun tido pagi den lalok nk tdo plak ahahahaha..lawak2...baru pg 2 mnggu da tak sedo dr ye dok ahahahha...
Ok la kali ni nk cite pasal tawaf...tawaf maksud dia ialah mngelilingi kaabah sebanyak 7 kali dgn posisi kaabah berada di bahagian bahu kiri kita...maksudnya kita pusing kaabah sebanyak 7 kali mngikut arah lawan jam.
Fungsi tawaf ni utk apa?...Allah suh kita tawaf kaabah supaya kita dapat bersihkan dr kita sendiri..mensucikan hati kita..diri kita..mnyerahkan dr kita kepada Allah semata.kalau awk2 nk tahu,bukan kita manusia je yg tawaf pada Allah....cer kaji,planet2 semua tawaf keliling ikut arah lawan jam pada kedudukan paksi2 mereka sendiri..bulan..bintang..matahari..meteor2..semuaaaaaa skali tawaf pada Allah..mengabdikan dr pada Allah....
Cuba awk tgk .. manusia mncipta mesen basuh MEMBERSIHKAN BAJU...dia pulas keliling kan?....dia pusing secara bulatan kan?...nampak tak..nmpak tak...faham tak fungsi tawaf ni?....oleh itu jgn igt kita pusing kaabah tu semata mata pusing je..kn faham mngapa kita nk pusing keliling dia..ok...
Ok tips2 tawaf yg saya dapat sedekah kat sini....kita tawaf kan 7 pusingan kan?...kadang2 kita bule lupa berapa pusing dah kita tawaf ni..macam solat jugak kita jgn biasakan dr kita dgn perasaan was2...berapa kali dah aku ni tawaf....tips saya awk susun setiap tawaf tu awk nk doakan pada siapa n nk doakan apa pada setiap tawaf awk...contohhhh ye..contoh je ni....
Tawaf pertama saya nk doakan utk dr saya sdrik...macam nk mnta allah luaskan kubur saya nnti..nk mnta allah jauhkan sy dr siksaan kubur sy nnti...supaya allah terima taubat saya...apa2 aje la..tentang dr sdrik..
Tawaf ke2
Saya nak doakan utk ibu bapa saya....apa2 saje lah doa ttg ibu bapa saya
Tawaf ke3
Saya nk doakan utk ank2 saya..apa2 saje lah doa utk ank2 saya..
Tawaf ke 4
Saya nk doakan utk bisnes sy..rezeki saya..rumah tgga saya..apa2 aje la...bebas utk dr saya n kuage saya n ank2 saya...
Tawaf ke5
Saya nk doakan utk semuaaaaaaaa kawn2 saudara mara adik bradik saya d jemput menjadi ttamu satu masa nnti...lambat atau cepat..smoga allah mnjeput mereka..
Tawaf ke6
Saya nk doakan apa2 aja lah kepada yg kirim2 doa kat saya..cth je lah ye sy bgtau ni.
Tawaf ke7
Saya nk doa apa2 lagi la..tapi kn setkan terma...sy buat terma bebas la cthnye d sini ye...
Ok..setiap kali tawaf saya akn pegang kpd terma2 ikut giliran...ikut turn tawaf dgn cara tu sy akn igt sy dah duk lam tawaf kali ke berapa...zikir plak....setiap kali tawaf ..selepas berdoa ketika tawaf tu..isi kan lah dgn zikir....dalam tjuh round tawaf tu ambil satu je zikir....contoh tawaf kali ni saya nk zikir allah hu akbar....maka ke tujuh2 tawaf saya..selepas habis berdoa sambil bejalan tawaf tu saya akn sambung dgn zikir tadi...ketujuh tujuh ye jgn banyak zikir lain2...maksud saya xmau setkan pertama tawaf zikir subhanallah..zikir ke2 allahhuakbar...boleh tu boleh..xde larangan.,cuma saya bagi tips supaya tersusun n awk x mudah lupa...zikir la samapai semahunya....selepas habis doa awk...kalau xmau zikir boleh je....xde masalah..cumanya rugi la awk...semasa kita tawaf tu rahmat kita dapat 60 kali...kalaunkita jalan je..josong je la kita dapat....atau senang cakap mcm ni...umpama awk basuh baju dlm mesen basuh....kalau awk nak baju harum awk letak softener kan...kalau awk xkesah xyah softener pun xpe...maka baju awk pun biasa2 jgak la..cer letak softener..kan wangiii......tak paham jugak kot suke laaa ahahahahahaha....
Semasa tawaf.....jalan jgn rebut2..jgn tolak2..jalan santaiiiiii sesantainye...bayangkan kita hanya dgn allah...bayangkan kita sedang merintih dgn allah..toksah peduli dgn org2 keliling awk..toksah peduli dgn bau2 badan keliling awk....awk tawafffff sesantai yg awk dapat...kalau org tolak awk..awk jgn marah2...awk tgk muke dia n senyum n bagi signal tgn suh dia bersabar..insyaallah dia faham dia x tolak awk lagi...semasa dekat lmpu ijau d mana garisan ini kita kn kucup tgn dn memandang pd hajar aswad kat sini la akn berlaku himpitan n tolakan..smpai melekat perut mak arab kat punggung kita ahahaha smpai melekat buah dda mereka kat belakang kita..subhanallah bau tak yah cakap ye....mohon pd allah permudahkan jalan awk....bykkn bersabar...cekal kan hati awk...insyaallah awk akn tak rase sgt kecerewetan awk pada masa tu.
Semasa tawaf tu...awk bayangkan jugak...awk tawaf dgn malaikat2 ats kddukan paksi2 msg2...awk tawaf bersama bintang n bulan serta planet..awk juga tawaf bersama rakyat2 langit pertama sampai tujuh...indahnya subhanallah..masa tawaf tu tgk ats langit smbil jalan...selami.,dalami...rasainya semua....,mudahan awk2 semua akn merasai nikmat tawaf....
Tips lagi...wajib kan lah dr awk supaya tawaf selepas solat subuh n tawaf selepas solat asar...setiapppppp hari.awk2 cari lah sdrik fadhilat tawaf di dua waktu ini...besar sgguh dr waktu2 lain.,rugi sgt bagi sy lau awk tak buat...
Se lagi....tawaf sunat kalau kita buat kita tak yah buat saei ye....sia2 la kalau saei agagagagaga..tapi lau nk g test kaki boleh gak g saei pun...ttapi apabila awk berniat umrah sunat dekat miqat maka wajiblah awk tawaf.,saei n tahlul...igt ye tawaf sunat dgn umrah sunat dua perkara berbeza...sila blajo ye jgn main suke hati je.
Ok lah itu sahaja lah panduan utk org2 yg baru mcm saya utk ibadah tawaf ni..smoga memberi saham kepada saya..amin2....
Tips stoken kasut yg sesuai utk tawaf....cari yg tggi....yg pendek tu masa tawaf asek tercabut je kn pijak org dr belakang...da kn heret.,spoil je masa nk tawaf nk jiwang pun xley agagagaga....lau yg tggi org terlanggar dr belakang pun x cabut aihh....tggi kan..lau cabut jgak mang kn bagi je kasut setoken pd yg langgo awk tu sebagai cedere hati agagagagagaga

Terimakasih cik sue atas perkongsian ilmu ini.Insyaallah sama-sama kita amalkan.

Tuesday 15 December 2015

CARA JAHIT LIPATAN

ENTRI 39
TEKS; IDA ISMAIL
FOTO; IDA  ISMAIL




https://www.facebook.com/Ida.Ismail84/videos/10203745686202062/?theater


Meh nak ajar camne nak dapatkan lipatan yang rata masa menjahit.. terutamanya pada bahagian bawah kaki kain ke, baju . Mesti ramai yang mengalami masalah bila jahit kelim berpintal2 jadinye. Sebab ramai yang suka sangat tarik kain bila menjahit.. Inshaa Allah cuba tips ni ..lepas ni cantik lah hasilnya...semoga bermanfaan untuk semua
p/s* share je kalau nak share. takyah mintak kebenaran
sekadar pengalaman tak seberapa dari saya ...
-Ida Ismail -

tazkirah pagi

ENTRI 38
TEKS ; FACEBOOK


Ucapan yang betul.

Bila kita istifar... Janganlah main sebut je "Astarfirulllahalazim" Tapi tak faham pun maknanya... Emotikon colonthree
.
.
Makna istifar mesti diserap ke dalam hati dengan penuh makna dan rasa insaf.
.
Maknanya= Ya ALLAH ampunilah dosa aku. (Wajib faham ni)
.
Bila isitifar bukan sahaja kata "Ya ALLAH ampunilah dosa aku" Emotikon colonthree
.
Tapi kena bayangkan pulak dosa yang mana satu? kena ingat, kena rasa dosa mana? Dosa mengumpat ke, dosa riba ke, dosa tersembunyi ke dosa tak diketahui ke. gituuuuuuu....
.
.
Dan mesti bayangkan tiap-tiap istifar kita sedang berhubung/berbicara dengan ALLAH melalui hati. Mesti serap makna "Dia yang maha mengetahui lagi maha pengampun."
.
.
Tiap-tiap istifar mesti di dalam hati dengan penuh tawadduk dengan rasa rendah hati merasa diri hina dan lemah. Dan dia telah mengampunkan dosa-dosa yang kita duk istifar tu. Janganlah terbayang kat kepala atau berburuk sangka pada ALLAH "Allah ampunkan ke tak dosa aku ni duk istifar-isitifar ni? " Haiiiiiiiippp! dah kita sendiri ragu-ragu dengan istifar kita memang taklah dia nak ampunkan.. Emotikon colonthree Emotikon unsure ini kerana dia tidak menerima sebarang doa dari hati yang lalai apatah tak yakin kepadanya.
.
.
Sebab itu setiap perilaku kita perbuatan kita mesti dengan penuh khusyuk dan resapan ke dalam hati agar setiap ucapan tidak menjadi zikir yang kosong..
.
.
Sebatikan dengan lafaz, makna, perasaan dan keyakinan.
.
Sebab itu ada yang istifar zikir tapi hati masih tak tenang dan tenteram.. resah gelisah dan jiwa berkeladak kotor. Emotikon smile
.
Itu diaaaaaaaaaaaaa Emotikon smile
.
.
Nora Yusof.
‪#‎Pengasas_FTR‬
‪#‎Banyak_Testimoni‬ BEST