Monday 14 September 2015

MENGENALI MESIN SULAM

ENTRI 15
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalam  semua.Bersua lagi di laman AKADEMI SULAMAN ZARINAH.
Kali ini saya nak memberitahu atau mengenali  mesin-mesin sulam yang saya ada.
sebelum itu elok saya bercerita pengalaman saya menceburi dunia sulaman ini.

selepas sekolah terus kahwin memang tak sempat masuk pusat pengajian IPTA atau IPTS.
Tapi naluri atau keinginan menjahit dan menyulam itu dah timbul.Buat permulaan say menjahit crosstix.
beberapa tahun.kemudian masuk kelas jahit baju.

selepas tu ada saleman jual mesin sulam.Mesin sulam yang pertama saya beli ialah mesin sulam LUX BLONDAL.Dengan harga rm6K .Nak tunjuk gambar pun dah takde,sekarang mesin tu dah rosak.Masa beli tu tahun 2002 kot.

kemudian teruja tengok mesin sulam goyang industri.Masa itu saya duduk di Mersing.Ada seorang mak cik ni gigih mengusahakan sulaman goyang ini.saya sempat belajar sikit-sikit.Dan ambik kesempatan membeli mesin sulam goyang ini.Jenamanya mesin sulam industri ROYAL.Sempatlah guna menyulam 2 x raya.

lebih kurang macam inilah mesinnya.Tak tahan menggunakannya,Kaki,tangan,kepala semua sakit.Lambat pun ya.

tahun 2007 ada lagi saleman datang tunjuk mesin sulam yang lagi canggih.Mesin sulam komputer,Boleh jalan sendiri,Hanya pilih design ,pasang hoop pastu klik button,So mesin akan gerak sendiri,Masa itu harga mesin sulam tu rm10K.Oleh kerana terlampau minat maka  saya buat pinjaman MARA sebanyak rm15K.Bila pinjaman lulus aje terus saya ke pusat Epal di Johor Bahru untuk membeli mesin sulam MC350E.

Alhamdulillah dah ada mesin sulam komputer.Bermulalah saya belajar menyulam.Berulang-alik ke Johor Bharu untuk menuntut ilmu sulaman.Dan dah pandai maka saya ambik tempahan sulaman .Semakin hari semakin banyak pelanggan untuk buat sulaman.1 mesin tidak dapat menampung tempahan.

tahun 2010 Pusat jahitan Epal mengadakan KONVENTIONS  EPAL di Sunway Piramid.Saya pun menyertainya.diakhir konventions itu diadakan majlis lelong mesin sulam.Pelbagai mesin sulam di lelong.Saya pun mencuba nasib melelong harga untuk mesin MB4 JANOME.Dengan harga  rm19999.00.
Dengan izin dan rezeki dari Allah saya menang dalam lelongan itu.




Wahhh dah banyak beli mesin.
ok esok sambung lagi untuk mesin-mesin sulam saya yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment