Wednesday 30 September 2015

belajar sulam tampal

ENTRI 32
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Salah satu bab pelajaran dalam kelas sulaman saya ialah sulam tampal.
Bagaimana caranya kita nak belajar untuk buat sulam tampal. Sulam tampal ini boleh kita buat di tuala, baju kanak-kanak, beg sejadah, cadar dan sebagainya.
Ini salah satu corak sulam tampal.Mula-mula kita kena tahu dimana kita nak buat  sulam tampal ini.
Pastu perkara pertamanya kita kena ada kain cotton untuk kita jadikan bahan untuk kita tampal.Kain selain dari cotton tidak sesuai sebab akan keluar banyak bulu.

Bila sudah dapat coraknya kita buat pula lukisan untuk kita tampal.Untuk tampal kain cotton itu kita gunakan gam kain.,selepas tampal kain cotton yang ada kita sambung sulam semua corak hingga selesai.

Taraaa.
Dah siap sulam tampal kita.
Jom cuba.Jika tidak pandai cari kelas sulaman saya dimana-mana pun.

DESIGN SULAMAN

ENTRI 31
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN


Untuk yang baru berminat untuk menyulam boleh membeli design sulaman dari saya.
Ada design ini saya beli dengan kawan-kawan.Ada yang saya dapat percuma.
Semua design in hanya untuk mesin sulam komputer.Mesin sulam goyang tidak sesuai.
 Semua design ini untuk sulaman baju kurung.Boleh juga untuk lain-lain .Untuk tuala pun cantik.Jika pandai buat kraftangan pun boleh.
Design ini pula untuk buat kraftangan.Contoh beg.kotak pencil,beg barang-barang kecantikan dan sebagainya.

Design yang ini kawan yang baik hati beri pada saya sempena ulangtahun perkahwinannya.Semoga berkekalan hingga syurga.Dan saya pun memberi kepada kawan-kawan yang lain.terimakasih kawan.

tips menjemput rezeki

ENTRI 30
TEKS; FACEBOOK
FOTO; FACEBOOK

Mudahnya Menjemput Rezeki
AMALAN KHUSUS UNTUK :
1) Mendapat rezeki yang tidak putus- putus
******************************
Amalannya:
Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet.(baca sekali sahaja )
*****************************
Ditakdirkan Allah sampai dua orang berkongsi amalan tersebut pada hari yang sama.
1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.
2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.
Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (masjid Sri Petaling ) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja pulang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.
Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang sama selepas Isya'.
Nah, sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, warga MMR.
******************************
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an )
" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )
***************************
Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.
Kita solat kerana Allah perintahkan solat.
Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.
***************************
Nah, kepada yang belum ada amalan khusus ( tentang rezeki ), bolehlah kita mulakan amalan ini pada hari ini, Jumaat, dan kita lihatlah hasilnya pada hari Jumaat akan datang.
***************************
Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah
***************************
Allah, tidak mungkin hampakan kita.

kutu rak benang

ENTRI 29
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalamualaikum
Adui susahnya nak  habiskan kerja rumah yang cikgu Anys bagi.
Saya ni bukan suka nak menaip. nak menulis dan nak bercerita hari-hari kat blog.
Almaklumlah keras jari.Kepakaran saya yang Allah bagi ialah menjahit, memasak,mengait dan seumpamanya.
Tiba-tiba nak masuk bab penulisan pulak.Tu yang makan tahun jugaklah baru nak siap.Ni baru entri 29, Banyak lagi tu.

Dulu-dulu ambik tempahan menjahit.Tiap-tiap hari menjahit.Paling kurang 10 pasang boleh disiapkan.Tapi kini umur dan makin meningkat.Kuasa menjahit sudah menurun.

Sambil menjahit yang paling saya suka menyulam.Saya ambik tempahan sulaman jugak.Dari individu hinggalah ke butik.Saya ambik tempahan sulaman baju.tuala, logo dan sebagainya.Paling banyak menyulam bajulah..Di samping itu jugak saya mula berjinak didalam dunia perniagaan 'online'.Melalui facebook,

Mulanya jual rak benang.Secara kutu ataupun cash.Ramai yang berminat membeli dengan sistem kutu.Hingga kini saya sudah menyelesaikan 14 kumpulan kutu rak benang.Dan jika diizinkan Allah saya akan meneruskan perniagaan ini.

Brand benang SENORITA.
Ada 1200 biji benang.Jika ada yang nak join silakan.

Monday 28 September 2015

CARA BUAT KEK KUKUS

ENTRI  28
TEKS; FACEBOOK
FOTO; FACEBOOK

✔KEK KUKUS BUAH - BUAHAN
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
FRIDAY -26•06•2015
RECEPI BY : ALINAH BINTE ALI
PHOTO BY : NENEK MUMMY KEUKEN
NOTA KAKI :
SILA CUBA RESEPI INI YANG TELAH SAYA GUNAKAN SELAMA 30 TAHUN SEHINGGA SEKARANG. SELAIN BUAH - BUAHAN CAMPURAN ANDA BOLEH TUKARKAN DENGAN HIRISAN KURMA ATAU HIRISAN PRUNE.
SAYA SELALU MENGUNAKAN ACUAN MUFFIN UNTUK KEK PENGANTIN BERTINGKAT SERTA DOOR GIFT UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS ATAU MAJLIS TERTENTU.
SILAKAN SHARE ATAU TAG MENGIKUT KESELESAAN ANDA. SELAMAT MENCUBA DAN SALAM SAYANG UNTUK SEMUA.
BAHAN (A) :
600 GRAM TEPUNG GANDUM
454 GRAM MENTEGA TIN GOLDEN CHURN
450 GRAM BUAH - BUAHAN CAMPURAN
450 GRAM BADAM CINCANG
400 GRAM GULA TIMBANG HITAM (DARK BROWN SUGAR)
5 BIJI TELUR
2 SUDU TEH ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE
1 SUDU TEH CREAM OF TARTAR
1 SUDU TEH BICARBONATE OF SODA
1 SUDU TEH SERBUK BUAH PALA (NUTMEG)
BAHAN (B) :
220 GRAM GULA PASIR DI JADIKAN GULA HANGUS
BAHAN (C) :
KERAJANG TIMAH (ALUMINIUM FOIL)
TALI RAFFIA ATAU GETAH
CARA NYA :
(01) GAUL RATA BUAH - BUAHAN CAMPURAN BERSAMA SEDIKIT TEPUNG GANDUM AGAR BERDERAI.
(02) KEMUDIAN BAKI TEPUNG GANDUM DI AYAK BERSAMA CREAM OF TARTAR DAN BICARBONATE OF SODA.
(03) PUKUL GULA TIMBANG BERSAMA MENTEGA SEHINGGA KEMBANG. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SATU - PERSATU SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA.
(04) KEMUDIAN MASUKKAN BADAM CINCANG DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA. SETELAH ITU MASUKKAN BUAH - BUAHAN DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA.
(05) PERLAHANKAN MIXER DAN MASUKKAN ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE SERTA SERBUK BUAH PALA SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA. KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA HABIS. MATIKAN MIXER DAN BIARKAN SEBENTAR.
(06) MASAK GULA PASIR SEHINGGA MENJADI GULA HANGUS. KEMUDIAN TUANGKAN GULA HANGUS KEDALAM ADUNAN KETIKA MASIH PANAS LALU DI PUKUL DENGAN PERLAHAN SEHINGGA RATA. KEMUDIAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 1 MINIT DAN TERUS MATIKAN MIXER.
(07) GUNAKAN LOYANG 10 X 10 EMPAT PERSEGI. SAPUKAN MENTEGA DISEKELILING LOYANG DAN ALASKAN DENGAN KERTAS. KEMUDIAN SAPUKAN LAGI DIDASAR LOYANG DENGAN MENTEGA.
(08) TUANGKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG DAN KEMUDIAN TUTUP DENGAN KERAJANG TIMAH DALAM KEADAAN TEGANG. KEMUDIAN IKAT DENGAN TALI RAFFIA ATAU GUNAKAN GETAH DI TEPI LOYANG. KEMUDIAN KUKUS SELAMA 4 JAM.
(09) KETIKA AIR KUKUSAN TELAH SURUT, TAMBAHKAN DENGAN AIR PANAS KEDALAM PENGUKUS. JANGAN GUNAKAN AIR PAIP KERANA SUHU KEPANASAN NYA AKAN TURUT MENDADAK DAN AKAN MEMBANTUTKAN TEKSTUR KEK.
(10) KEK AKAN SUSUT SEDIKIT SETELAH SEJUK. BUNGKUS KEK DENGAN KERAJANG TIMAH DAN MASUKKAN KEDALAM BEKAS PLASTIK. JANGAN MASUKKAN KEK KEDALAM PETI SEJUK. BIARKAN SAHAJA DISUHU BILIK. KEK BARU BOLEH DI POTONG PADA KEESOKKAN HARI. DAN BARU BOLEH DIMASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK. TEKNIK BEGINI AKAN MEMBUAT KEK LEBIH BERMINYAK SERTA BASAH.








Teringin sangat buat kek kukus buah-buahan.Dah ada resepi nanti saya nak cuba buat.

ROSE

ENTRI 27
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN.

Segalanya bunga ros.Pantang jumpa.
1; Kain baju yang ada bunga ros mesti beli
2; Nursery pokok bunga yang di lawati mesti beli bunga ros
3; Tikar getah atau karpet ada bunga ros  harus beli
4; Narita atau cadar yang ada bunga ros tidak boleh dilepaskan
5; Wall paper ada gambar bunga ros pun mesti beli dan tampal di bilik tidur.
6; Pinggan mangkuk dan kelengkapan rumah yang ada bunga ros pun wajib kumpul buat koleksi.
7; Megnet peti sejuk yang ada bunga ros pun tidak pernah ;lupa untuk di tampal.
8; Design sulaman yang ada bunga ros pun wajib simpan
9; Label baju sendiri pun nak letak bunga ros
10;Bantal hiasan bunga ros pun di buatnya
11; Di halaman rumah ku penuh dengan bunga ros jepun.

Itulah ZARINAH SALEHAN
Trade Marknya dengan bunga ros

design sulaman bunga ros
bantal bunga ros
laman rumah ku bunga ros jepun
rumahku syurgaku rosku

solat.zakat dan nadihat

ENTRI 26
TEKS; FACEBOOK

SOLAT, ZAKAT & NASIHAT.
Pernah berlaku di zaman khalifah Abu Bakar As Siddiq seorang sahabat telah meninggal dunia. Setelah mandi dan dikafankan lalu di letakkan di satu sudut rumah untuk di solatkan. Semasa solat itu dimulakan tiba2 mayat itu bergerak-gerak, tampillah seorang drpd mereka utk mnghuraikan ikatan kafan kerana mnyangka mayat itu masih hidup.
Tatkala kain kafan itu trbuka alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekor ular. Lalu mereka mengambil kayu utk memukul ular tersebut. Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu menyebut dua kalimah syahadah serta berkata: "Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akirat". Para hadirin bertanya: "Apakah yg mnyebakan mayat ini disiksa ?" Ular menjawab: "Mayat in selama hidupnya telah melakukan 3 kesalahan iaitu:
Pertama: Ia mendengar azan tetapi diindahkan malahan tidak pula mngerjakan solat.
Kedua: Ia tidak mengeluarkan Zakat hartanya.
Ketiga: Ia tidak mahu mendengar nasihat2 yg baik drpd alim ulama.
Itulah disiksa sedemikian rupa ..Jadi,
1.PELIHARALAH SOLAT
2.BAYARLAH ZAKAT
3.DENGARLAH NASIHAT YG BERGUNA
Ayuh ambil ikhtibar dari kisah ini.

Sunday 27 September 2015

Muslim Mega Mall

ENTRI 25
TEKS:ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalammualaikum
Alhamdulillah baru sempat nak mengadap komputer.Hari ini pagi-pagi lagi dapat tawaran dari 3M.net.
Admin nak lantik saya jadi duta 3M.net.Macam tak caya tapi Allah dah mula buka pintu-pintu ezeki dari sumber yang kita tak tahu.

Apa itu 3M.net
Muslimmegamall.net adalah  media untuk berniaga .Samaada beriklan atau membeli barang-barang keperluan yang kita cari.Seumpama Lazada, Lelong, Mudah.my dan sebagainya.
3M.net ini beroperasi seluruh Malaysia dan ibupejabatnya terletak di Seri Iskandar Perak.
Baru 4 bulan di tubuhkan oleh ahli lembaga pengarah yang berjiwa besar.

Tugas saya adalah mengajak seramai mungkin muslimin dan muslimat untuk bersama membangunkan ummah.Dengan slogannya WADAH URUSNIAGA UMMAH.

Jom bersama kami .

Sunday 20 September 2015

kelas sulaman diutara.

ENTRI 24
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalam semua.
Syukur ke hadrat ilahi telah memudahkan urusan saya ke ARAU.
Tempat pertama atau kelas pertama di utara ialah di RIFHAN STYLE.
Hari ini ada seramai 6 peserta yang akan mengikuti kelas sulaman NV950 BROTHER.
Kedatangan saya di ARAU di sambut dengan curahan hujan yang amat lebat.Tetapi oleh kerana semangat yang kental peserta semua dapat menghadirkan diri.

Bermula dengan projek yang pertama hingga ke projek yang akhir semua peserta dapat mengikutinya.
Dapat mempelajari banyak ilmu-ilmu baru dalam dunia sulaman.Ada yang dah lama beli mesin,ada yang baru beli mesin dan yang bagusnya yang belum beli mesin pun sanggup menghadirkan diri ,Dengan satu tujuan menuntut ilmu sulaman dan yang lebih utama kerana minat yang mendalam dalam dunia seni sulaman.

inilah wajah-wajah cute peserta dari ARAU PERLIS.
Semoga dengan ilmu yang diberi dapat memajukan diri dalam dunia sulaman dimasa akan datang.
Berjumpa lagi di lain kelas pula.

TIPS KESEHATAN

ENTRI 23
TEKS; FACEBOOK
FOTO; FACEBOOK


PETUA KURANGKAN PERUT BOROI/BUNCIT
Ukuran badan anda mungkin ok tapi bahagian perut membonjol ke depan. Nak bergaya pon susah. Cubalah petua ni:
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

MINERAL COFFEE

ENTRI  22
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN


Sebab ramai sangat tercari-cari KOPI MINERAL ‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‌ni..saya nak buka peluang kat semua untuk tambahkan duit poket ...Nak ke memang nak..
Ok, awak start sharing kebaikkan mineral coffee dan jual 5 kotak sehari.
1 hari = 5 kotak kopi mineral
Untung runcit RM600 sebulan.
Itu baru jual 5 kotak sehari..kalau 10 kotak dah RM1200 sebulan..wow!
Belum campur bonus tiap bulan ikut pangkat,, ikut percent,,itu yang RM‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‍‌‌‌, part peluang bercuti ‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌..belum cerita lagi....
BEST sangat ke sangat BEST.
pe lagi PM/WA saya @ +6012-7544252
utk jadi AGEN SAH, bermula dengan RM50.
Dan dapatkan sample PERCUMA MINERAL COFFEE anda skrg!



Nak jadikan cerita saya posting ayat-ayat yang mentor sediakan.Maka berduyunlah orang facebook minta pm.Nampak tak ,sekarang ini ramai betul orang mencari peluang menambah punca pendapatan.
Ekonomi yang makin tiris,nilai duit yang makin menyusut dan bermacam-macam lagi.

Sebenarnya saya dah lama guna MC ni.Tu yang nak kongsi dengan yang lain-lain pula.
jom cuba MC.insyaallah dengan izin Allah tak payah nak minta surat MC dari doktor.
jom kita tukar minumamn kita.MC yang murah,berkhasiat dan tambah income.

TIADA NILAI HARTA DI DUNIA.

ENTRI 21
TEKS; FACEBOOK
FOTO; ZARINAH SALEHAN


MAAFKAN AYAH.....

Kisah seorang jutawan yang kini sedang sakit menunggu ajal telah menyuruh dikumpulkan anak-anaknya yang tercinta. Beliau berkata kepada mereka, "Anak-anak ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak, ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan nanti."

Akhirnya jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat mengkafankan, anak-anaknya minta tuan imam untuk memakaikan stokin yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi tuan imam menolaknya, "Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat."

Terjadi pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga yang juga seorang peguam. Beliau berkata, "Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk."

Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.
Suratnya bertulis, "Anak-anakku pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak, wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua. Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah."~ 

HANYA AMAL YANG SOLEH MENGIRINGI KITA KE MANA SAHAJA HATTA KE KUBUR SEKALIPUN.
GAMBAR HANYA HIASAN SEMATA-MATA.

takdir seseorang

ENTRI 20
TEKS;IZZHAR NAZRI



[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!
fikir-fikirkan bersama

musafir ke utara.

ENTRI 19
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalamualaikum semua.Sudah lama tak bersiaran di AKADEMI SULAMAN ZARINAH.
Almaklumlah sibuk minggu ini.Seawal  10 pagi 15hb september 2015  sudah bersiap-siap untuk bermusafir ke utara.Perkara yang paling utama kena siapkan ialah kenderaan untuk kami.Citra kesayanganku perlu di repair dulu.Terutamanya tayar perlu di periksa oleh yang pakar.Selalu kita chek guna tangan aje.Kalau tak lembik itu dah ok boleh bawa berjalan.Tapi kali pergi kedai tayar.So parking tepi.Pekerja pun park tempat yang betul.

Sekali periksa ,keempat-empat tayar bermasalah.Apalagi tukarlah 2 tayar baru.kemudian imbang dan pasang-pasang aje kul 3 petang pun siap semua.Kira-kira maka jumahnya rm450. wahhh banyaknya.Tapi takpe untuk keselamatan perjalanan yang jauh.

Tepat pukul 8 malam kami memulakan perjalanan ke utara.Sebelum masuk tol kami singgah warong tepi jalan untuk isi perut duu di pekan Ayer Hitam.Selepas itu kami meneruskan perjalanan.Dalam perjalanan kami tiada apa masalah.Biasalah berhenti isi minyak,buang air dan sebagainya.Kami  berempat menuju ke utara.2 orang lelaki ,2 orang perempuan.Pemandu ada 2 orang.Tukar-tukar memandu kereta.

Tepat pukul 5 pagi pada 16hb september 2015 kami jejakkan kaki di negeri Perlis.
Alhamdulillah syukur dengan izin Mu ya Allah.

Maka bermula lah episod penjelajahan kelas sulaman nv950 brother di utara.

Monday 14 September 2015

tragedi crane runtuh di MEKAH

ENTRI 18
TEKS;FADHIA NUR
FOTO; FAEBOOK.


Allahummaghfirlaha warhamha wa'fuanha.
Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga.
Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.
Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan..
Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.
Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyanyang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allah..
Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah..
Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.
Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'.
Saya cemburu dengan Cikgu.
Semoga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman syurga.
"Maka segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]
Alfatihah untuk Allayarham Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.
-insan hina-
Cikgu Nur Fadhliah
SEMUA INI MENGINSAFI  KEKURANGAN DIRI.
KEKURANGAN AMALAN.
SEGANNYA NAK MENGADAP ILLAHI.
BERILAH KESEMPATAN BAGIKU MERUBAH DIRIKU UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH TAALA.
AAMINNNNN
ENTRI 17
TEKS;NASRIAH ABDULLAH
FOTO;NASRIYAH ABDULLAH

Panduan Penggunaan Zikir Asmaul-Husna Dalam Menghadapi Masalah-Masalah Kehidupan



CARA MENGGUNAKAN ASMAL  HUSNA UNTUK SELESAIKAN HUTANG
===========================================================



Mungkin ada diantara kita mempunyai masalah hutang yang belum/sukar diselesaikan.

Moga ia membantu anda.

Zikir tiap satu 40x tiap lepas solat


Zikir nama di mulut


Zikir bicara hati dalam hati

USAHAKAN SEMAMPU YANG BOLEH
BUAT SIKIT TAPI ISTIQOMAH.

SELAMAT BERAMAL

MENGENALI MESIN SULAM

ENTRI 15
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalam  semua.Bersua lagi di laman AKADEMI SULAMAN ZARINAH.
Kali ini saya nak memberitahu atau mengenali  mesin-mesin sulam yang saya ada.
sebelum itu elok saya bercerita pengalaman saya menceburi dunia sulaman ini.

selepas sekolah terus kahwin memang tak sempat masuk pusat pengajian IPTA atau IPTS.
Tapi naluri atau keinginan menjahit dan menyulam itu dah timbul.Buat permulaan say menjahit crosstix.
beberapa tahun.kemudian masuk kelas jahit baju.

selepas tu ada saleman jual mesin sulam.Mesin sulam yang pertama saya beli ialah mesin sulam LUX BLONDAL.Dengan harga rm6K .Nak tunjuk gambar pun dah takde,sekarang mesin tu dah rosak.Masa beli tu tahun 2002 kot.

kemudian teruja tengok mesin sulam goyang industri.Masa itu saya duduk di Mersing.Ada seorang mak cik ni gigih mengusahakan sulaman goyang ini.saya sempat belajar sikit-sikit.Dan ambik kesempatan membeli mesin sulam goyang ini.Jenamanya mesin sulam industri ROYAL.Sempatlah guna menyulam 2 x raya.

lebih kurang macam inilah mesinnya.Tak tahan menggunakannya,Kaki,tangan,kepala semua sakit.Lambat pun ya.

tahun 2007 ada lagi saleman datang tunjuk mesin sulam yang lagi canggih.Mesin sulam komputer,Boleh jalan sendiri,Hanya pilih design ,pasang hoop pastu klik button,So mesin akan gerak sendiri,Masa itu harga mesin sulam tu rm10K.Oleh kerana terlampau minat maka  saya buat pinjaman MARA sebanyak rm15K.Bila pinjaman lulus aje terus saya ke pusat Epal di Johor Bahru untuk membeli mesin sulam MC350E.

Alhamdulillah dah ada mesin sulam komputer.Bermulalah saya belajar menyulam.Berulang-alik ke Johor Bharu untuk menuntut ilmu sulaman.Dan dah pandai maka saya ambik tempahan sulaman .Semakin hari semakin banyak pelanggan untuk buat sulaman.1 mesin tidak dapat menampung tempahan.

tahun 2010 Pusat jahitan Epal mengadakan KONVENTIONS  EPAL di Sunway Piramid.Saya pun menyertainya.diakhir konventions itu diadakan majlis lelong mesin sulam.Pelbagai mesin sulam di lelong.Saya pun mencuba nasib melelong harga untuk mesin MB4 JANOME.Dengan harga  rm19999.00.
Dengan izin dan rezeki dari Allah saya menang dalam lelongan itu.




Wahhh dah banyak beli mesin.
ok esok sambung lagi untuk mesin-mesin sulam saya yang seterusnya.

tips kesihatan

ENTRI 14
TEKS;FACEBOOK


¤Tanda-tanda Kolestrol Tinggi¤
》Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.
♧Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
♧Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
♧Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
♧Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
♧Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
☆☆Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?
~ Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.
》 Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?
♡♡Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya.
Hargailah ia sebelum terlambat!



SELAMAT MENCUBA

Sunday 13 September 2015

AMALAN HARIAN

ENTRI;14
TEKS;FACEBOOK

Amalan harian yg sepatutnya kita buat:
1. Bangun malam
(sekitar jam 3 pg)
- mandi dn ambil wuduk.
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat
(minta Allah swt makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta)
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfr 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِÙ„َÙ‡َ إِلاَّ أَÙ†ْتَ سُبْØ­َا Ù†َÙƒَ إِÙ†ِّÙŠْ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ الظَّا Ù„ِÙ…ِÙŠْÙ†َ. 40x
10. tasbih 40x
11. Solat sunat fajar
12. Solat subuh.
13. Baca Yaasiin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
16.Solat Asar
-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
-solat sunat selepas
18. Solat Isya'
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur
baca :
- Al-Quran
- Surah Al-Mulk
- Surah Sajjadah
- Surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Di dunia bukan tempat utk berehat, tetapi tempat utk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]
*jika tak dapat buat semua, lakukanlah yg termampu sebaiknya.

TIP BISNES

ENTRI 13
TEKS;FACEBOOK



[Tips Kejayaan Orang Cina dalam Bisnes]
Pagi ini rumah kami didatangi tetamu dari perak..dia seorang taukey kilang kelapa sawit seluas 4ekar di kampung ayah saya..
Selepas dia habis sembang dengan ayah, saya pun apa lagi mencelah tanya dengan taukey Ah Seng ni..
Soalan 1: anak you tolong you buat bisnes jgk ka..?
Taukey Ah Seng: Anak yang sulung je tolong, yang lain masih belajar di luar negara.
Soalan 2: Macamana nak berjaya dalam bisnes mcm you ya..?
Taukey Ah Seng : dia keluar formula tips2 satu persatu..kami sekeluarga menekuni..
Antaranya:
1) You jangan dengar orang sekeliling cakap, you kena tetapkan pendirian & fokus apa yang you ingin rancang nak buat.. sebab orang lain tak faham apa yang kita faham..
2) You nak berjaya you kena susah dulu..
I dulu pun susah, mula-mula berniaga 3 or 4 jam je tidur.. dulu2 takda modal, ambil barang orang lain jual sikit2, cukup bulan baru bayar..
"Bukan senang nak berjaya"
3) You kena bagi supplier percaya pada you,
Kena komitmen bayar pada supplier..
Lepas dah lama bisnes dengan mereka, runding minta buat payment 60 hingga 90hari baru bayar sebab diorang sudah percaya sama you..duit tu you rolling modal..
4) You mesti mau bayar cukai kerajaan..
Supaya you mudah buat loan untuk kembangkan bisnes You..
5) lepas you dah maju, buat overlap loan untuk besarkan bisnes you.. yang penting you kena komitmen bayar loan tu..jangan sampai muflis..nanti you susah..
6) Buat akaun jaga duit keluar masuk..
Terima Kasih Uncle Ah Seng bagi Tips bisnes pagi2 hari tadi..
Syukur Alhamdulillah Allah ketemukan kami dengan orang cina yang dah berjaya..
Mereka tak kedekut ilmu pun untuk share kejayaan mereka walaupun hanya beberapa minit..
InsyaAllah kami akan cuba lakukan kesemua Tips2 Kejayaan dalam bisnes daripada Taukey Ah Seng.

BERSAMA BERAMAL.

BERMULANYA KELAS SULAMAN

ENTRI 12
TEKS;ZARINAH SALEHAN
FOTO;ZARINAH SALEHAN



Sedihnya baca kat ruangan facebook..Ramai  yang berjaya memiliki mesin sulam tapi ttdak pandai menyulam.Almaklumlah  beli di kedai ___.Yelah mana maunya diajar kegunaan mesin ni.Setakat buka dan on aje boleh la.Bukan semua orang ada kemahiran menyulam.Mungkin dia hebat menjual tapi tidak mengajar.

mesin sulam nv950 brother
boleh menjahit lurus
menjahit lubang butang
menyulam pelbagai bunga

saya rasa terpanggil untuk mengajar ilmu sulaman ini yang Allah anugerah pada saya.,untuk insan-insan di luar sana.maka saya mulakan kelas di kedai saya yang comel.

bermulanya di  sini.
dan saya mula iklankan kelas saya ini di facebook.makin ramai yang join.

KELAS DI KULAI
=============


KELAS DI KUALA LUMPUR
========================


KELAS DI SALAK TINGGI SEPANG
==============================


KELAS DI JOHOR BHARU
======================

mahalnya harga kesehatan

ENTRI 11
TEKS;FADEBOOK/ANIS ABIDIN.


Saya perlu tulis kisah ini untuk kebaikan semua!
KISAH BENAR: KERAP MAKAN LUAR & MAKAN VITAMIN C PUNCA KANSER!!
Alkisahnya, tadi saya ada pitching filem hantu Thailand, untuk projek worldwide di Kl Sentral. Saya menanti CEO syarikat tersebut yang menelefon saya untuk sama-sama menghadap panel, berkaitan budget filem dan sebagainya.
Bila dia tiba, kami berbual sementara menanti giliran dipanggil. Kami bercerita soal kerjaya masing-masing. Bila dia tahu karya saya Stanza Cinta dan Walau Sedetik Cuma...mukanya nampak berubah. Saya katakan pada dia saya suka buat drama berat, kisah pesakit kanser. Sebab kawan baik saya meninggal sebab kanser.
Tika itu dia membuka cerita, "saya pesakit kanser!"
Saya tergamam!!. Jika diteliti keadaannya memang tidak nampak seperti orang sakit kanser. Nak kata sakit biasa pun tidak. Memang cergas, sihat dan ceria.
"Saya ada kanser darah. Doktor kata lepas dua kali kimo saya dah mati..."
Begitu mukadimahnya becerita pada saya.
"Memang dah lama saya berhasrat nak buat drama kisah saya ni. Supaya jadi iktibar...tentang akibat kanser, pada pesakit itu sendiri, juga pada keluarga dan orang tersayang yang menghidap kanser!!kisahnya memang sadis..memang boleh menangis dibuatnya!
Tapi, apa yang saya nak ceritakan ini jauh lebih penting dari liku-liku yang dihadapinya tatkala doktor mengesahkan, "awak meghidap kanser!"
Katanya, selepas mendapat ujian darah, dokor hanya bertanya 3 perkara pada beliau..
1) Doktor : You suka makan luar ye?
Mr X : Bukan suka, memang hari-hari makan luar....( isterinya seorang Manager di sebuah hotel terkemuka. Kerjaya dan gaji yang besar)
2) Doktor : You biasa makan vitamin C ke?
Mr X : Yes..Saya memang suka makan Vitamin C. Antara amalan dia sejak remaja belia lagi.
3) Apa minuman yang You selalu amalkan??
Mr X : Saya suka minum air lemon suam! Ataupun ice lemon tea.
Ok, berdasarkan soalan itu,doktor sendiri sudah tahu apa faktor yang menyebabkan kanser darah pada tubuh beliau.
1- Makanan luar antara punca kanser kerana kandungan MSG dan bahan perasa yang terlalu tinggi. (Saya sendiri memang selalu ada pengalaman buruk jika makan luar di kedai, selalu akan pening yang teramat, loya dan muntah-muntah!)
2- Doktor kata Vitamin C itu juga antara penyebab Kanser! Kerana kandungan bahan kimia didalamnya! Ramai yang tak tahu sebab dengar vitamin je mesti baik dan bagus! Sedangkan dalam Vitamin tu terdapat bermacam-macam bahan kimia juga.
Masa ini saya tersentak kejap! saya hari-hari telan Vitamin C shaklee, alamakk..rasa gerun pula tetiba. Saya tanya dia Shakleetu ok tak? Dia kata yang tu dia tak tahu tapi jangan makan Vitamin C yang bukan-bukan. Pastikan takde bahan kimia! Tika itu saya teringat, Shaklee memang tidak mengandungi bahan kimia, ianya neutral 100%.
3- MINUMAN?? Doktor kata, nasib baik You suka amalkan minuman ni. Ada sejenis air yang You selalu minum yang buat You masih selamat. Itulah dia AIR LEMON!!!
Air lemon jika diminum dengan ais akan menjadi Vitamin C SECARA SEMULAJADI PADA TUBUH
Air lemon jika diminum dengan air suam akan menjadi PENAWAR KEPADA KANSER!
itulah air kegemarannya yang diminum selama ini, yang mengurangkan gejala kansernya dari merebak dengan teruk!
Selepas disahkan menghidap kanser, Mr X tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi. Ubat-ubatan hospital yang dibeli sebanyak RM37k tidak dimakan. Punyalah mahal macam boleh beli kereta!
Kebetulan seorang kawannya, baru menjalani kimoterapi di hospital swasta dengan kos sebanyak RM147k..tapi keesokan harinya meninggal dunia! Disebabkan itu, dia langsung tidak berniat untuk menjalani kimoterapi!!
Dia berusaha mencari jalan lain tanpa perlu menjalani kimo, tanpa perlu menelan ubat-ubatan yang berkotak-kotak dibekalkan doktor!
Akhirnya dia menemui penawarnya, iaitu herba Belalai Gajah (sejenis pokok) serta Dewa Raja. Dua jenis herba inilah yang dimakannya selama ini...hingga ke saat ini. Daritidak boleh bangun, sakit yang teruk.kurus kering, kini dia sudah pun pulih. Sihat walafiat dan ceegas menjalani kehidupannya seperti orang lain.
Saya berjanji untuk menulis kisahnya untuk didramakan. Dia seorang yang sangat positif, bersemangat dan kuat berhadapan dengan kansernya, namun dugaan yang dilaluinya dari sudut yang lain. Nanti akan saya nukilkan dalam karya saya.
Pesan dia pada saya, tolong jaga pemakanan..jaga pemakanan! Jangan banyak makan di luar, jangan makan vitamin C atau ubat-ubatan yang ada bahan kimia..dan selalulah minum Air Lemon. Setiap pagi dan malam!
p/s: Balik rumah terus beli lemon banyak-banyak. Saya takkan bagi anak makan Vitamin C dari farmasi yang saya beli bulan-bulan tu. akan cari yang nuetral sahaja.
Kalau nak insaf, nak control nafsu makan yang tinggi melangit, jumpalah orang sakit, berbuallah dengan pesakit-pesakit kronik.Baru thu betapa BESARNYA NIKMAT SEBUAH KESIHATAN ITU!!!!!
Selamat menjaga keluarga anda semua, buat para isteri jagalah makan minum suami dan anak-anak, supaya makanan yang dimakan halal, selamat dan diyakini bersih!- p/s: pada yang bertanya cara makan belalai gajah, ada saya comment di bawah.

ilmu doa

ENTRI 10
TEKS;ZARINAH SALEHAN
FOTO;ZARINAH SALEHAN


Doa Senjata Orang Mukmin
Dengan doa, segala yang sukar menjadi mudah
Dengan doa segala yang tidak mungkin boleh sahaja mungkin
Doa adalah senjata. Penghubung makhluk dengan Pencipta.
Doa adalah senjata untuk memohon apa saja
Berdoalah tanpa putus asa, kerana hanya Allah tempat meminta.
(Petikan, Kisah 40, Buku Allah Tempat Meminta)
Alhamdulillah, selamat pagi
Apa yang kita fikir, kita buat, kita rasa, dan bayangkan itu juga DOA.

ILMU YANG DI PETIK DARI KELAS DAO
Insyaallah bakal menjadi anak murid DAO.
Wassalam.

ilmu baru

ENTRI 9
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Malam ni mata dah kuyu tapi semangat nak masukkan logo SOHO DIRECTORY berkobar-kobar.
Cuba buat sendiri tapi terkial-kial tak jadi-jadi.nak tanya anak takut maklumlah nanti dia marah-marah.Dia cakap 'umi niiiii,dah ajar banyak kali pun tak tau....Ialah umi sedorrr.Buta IT.Tapi suka sangat dah siap.dah ada logonya.

Pastu minta tunjuk masukkan logo ABDR plk.Dah boleh buat ikut arahan cikgu online ANYS IDAYU ZAKARIA.Suka sangat.terimakasih cikgu dan anakku .

oklah sudah malam ni.nak belanja cikgu online tu ngeteh pulak.
ok.Selamat malam semua.

Saturday 12 September 2015

ilmu kesihatan

ENTRI 8
TEKS;ZARINAH SALEHAN
FOTO;ZARINAH SALEHAN

AIR NABEEZ.

Buat sahabat yang Sakit Go Out dan lemah tenaga.
Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.
Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali.
Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.
Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-
1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah
Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.
Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.
Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.
Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.
Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.
Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.
Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.
Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.
Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.
Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily.
Air nabeez nie nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.
ILMU BERGUNA UNTUK SEMUA.
SELAMAT MENCUBA