Wednesday 14 October 2015

Kelas Sulaman akan datang.

ENTRI 35
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalam semua.sibuknya saya hingga blog kesayangan saya ini terbiar aje.Mungkin ramai yang ternanti-nanti
apa lagi yang cikgu Ana nak kongsi dalam blog dia.Sebenarnya nak berkongsi perasaan saya selepas balik dari menghadirkan kursus IMKK.Kursus usahawan oleh Doktor Azizan Osman.

Banyaknya ilmu yang saya perolehi dari IMKK oktober 2015.
1;mengenali potensi diri.
2;membersih kolam jiwa.
3. halangan untuk berjaya
Dan bermacam-macam lagi  ilmu.

Yang paling terkesan ialah The Power Of Syukur.
Selama ini tidak tahu ertinya syukur.Banyak benda yang Allah bagi kat kita.Banyak nikmat yang Allah turunkan.Namun kerana kelalaian kita ,kerana dosa kita,kerana kurang ilmu kita ,kita tidak pernah mengucapkan syukur pada ilahi.

Saya bersyukur sangat kerana Allah telah menurunkan kemahiran dan kepakaran saya dalam bab jahitan ,terutamanya dalam dunia sulaman.Walaupun ilmu saya sangat kerdil jika nak banding ilmu Allah yang maha luas.Dengan ilmu yang sedikit inilah saya nak berkongsi dengan semua orang.Dengan Misi dan Visi yang jelas untuk membantu lebih ramai insan-insan diluar sana maka terciptalah Akademi Sulaman Zarinah.

Di sini nanti akan ada kelas-kelas jahitan terutamanya yang berasaskan bab sulaman.
Belajar cara mana buat beg bersulam.Buat sejadah bersulam. buat tuala bersulam dan bermacam-macam lagi.

Nantikan kelas di Akademi Sulaman Zarinah.

Wednesday 7 October 2015

Siri Jelajah Utara Semenanjung.

ENTRI 34
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Bila lagi nak buat kelas kat Kedah?Soalan biasa saya dengar dari peminat-peminat kelas sulaman.
Untuk pengetahuan semua setiap kelas sulaman yang saya buat adalah berjadual.
Setiap negeri dijadualkan setahun paling banyak dua kali atau sekali sahaja untuk setahun.
Ynag terbaru saya buat kelas sulaman di bahagian utara semenanjung.Yang di panggil Siri jelajah utara.

Ini kelas sulaman di Arau Perlis.Seramai 6 orang telah menyertainya.
Bersemangat dan teruja.Banyak ilmu yang dituntut.Ada yang telah 2 tahun beli mesin tapi sayang mesinnya hanya duduk dalam kotak sahaja.Alhamdulillah selepas kelas banyak tempahan yang di terima.

Kelas sulaman di Bertam ,Pulau Pinang.
Walaupun 3 orang yang join alhamdulillah dapat menambah nilai kehidupan mereka.
Walaupun dah berumur tapi sifat menimba ilmu masih tetap utuh dijiwa.
Menggunakan mesin yang canggih.walaupun terraba-raba mencari butang di mesin tapi tetap bersemangat.
Tahniah .

Ini kelas di Taman Chepor ,Ipoh, Perak.
Kelas sulaman paling ramai .seramai 10 orang yang berkobar-kobar menuntut ilmu sulaman.Almaklumlah dah lama ada mesin sulam tapi masih tak tahu guna.Dan kelas sulaman ini adalah kelas yang pertama di buat di Ipoh maka ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran saya di sana.
Tahniah bagi yang dapat menghadirkan diri bagi menuntut ilmu sulaman dari saya.
Semoga anda semua terus maju jaya dan dapat menambah nilai kehidupan sendiri,keluarga,bangsa dan negara.Berjumpa lagi di lain kelas, di lain negeri.Anda kaya dan berjaya.

Teknik sulaman tuala.

ENTRI 33
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO;  ZARINAH SALEHAN

Assalamualaikum semua.
Pagi ini nak kongsi sikit berkenaan sulam tuala.Ramai yang ada mesin sulam tapi ramai lagi yang tidak mahir ataupun tidak tahu ilmu sulaman tuala.Ada yang guna plastik yang mahal.Ada yang guna plastik keras.Ada yang guna water soleble betul ke ejaannya.Dan yang paling teruk menyulam tuala tiada ilmu main redah aje.Bila tak jadi di salahkan mesin rosak.

Ini contoh-contoh kain untuk buat sulaman tuala.
Dan barang ini susah nak dapatkannya.Tidak banyak kedai yang ada menjualnya.
Sebab ramai yang tidak tahu penggunaannya.


Inilah hasilnya orang yang join kelas sulaman.Ada ilmu memang berhasil.
Sulamannya yang kemas,cantik dan bermutu.

Contoh sulaman tuala yang tidak betul.Sulamannya tak timbul dan tenggelam sikit.
Warna benang sulam pun memainkan peranan .