Sunday 20 September 2015

kelas sulaman diutara.

ENTRI 24
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN

Assalam semua.
Syukur ke hadrat ilahi telah memudahkan urusan saya ke ARAU.
Tempat pertama atau kelas pertama di utara ialah di RIFHAN STYLE.
Hari ini ada seramai 6 peserta yang akan mengikuti kelas sulaman NV950 BROTHER.
Kedatangan saya di ARAU di sambut dengan curahan hujan yang amat lebat.Tetapi oleh kerana semangat yang kental peserta semua dapat menghadirkan diri.

Bermula dengan projek yang pertama hingga ke projek yang akhir semua peserta dapat mengikutinya.
Dapat mempelajari banyak ilmu-ilmu baru dalam dunia sulaman.Ada yang dah lama beli mesin,ada yang baru beli mesin dan yang bagusnya yang belum beli mesin pun sanggup menghadirkan diri ,Dengan satu tujuan menuntut ilmu sulaman dan yang lebih utama kerana minat yang mendalam dalam dunia seni sulaman.

inilah wajah-wajah cute peserta dari ARAU PERLIS.
Semoga dengan ilmu yang diberi dapat memajukan diri dalam dunia sulaman dimasa akan datang.
Berjumpa lagi di lain kelas pula.

No comments:

Post a Comment