Sunday, 13 September 2015

TIP BISNES

ENTRI 13
TEKS;FACEBOOK



[Tips Kejayaan Orang Cina dalam Bisnes]
Pagi ini rumah kami didatangi tetamu dari perak..dia seorang taukey kilang kelapa sawit seluas 4ekar di kampung ayah saya..
Selepas dia habis sembang dengan ayah, saya pun apa lagi mencelah tanya dengan taukey Ah Seng ni..
Soalan 1: anak you tolong you buat bisnes jgk ka..?
Taukey Ah Seng: Anak yang sulung je tolong, yang lain masih belajar di luar negara.
Soalan 2: Macamana nak berjaya dalam bisnes mcm you ya..?
Taukey Ah Seng : dia keluar formula tips2 satu persatu..kami sekeluarga menekuni..
Antaranya:
1) You jangan dengar orang sekeliling cakap, you kena tetapkan pendirian & fokus apa yang you ingin rancang nak buat.. sebab orang lain tak faham apa yang kita faham..
2) You nak berjaya you kena susah dulu..
I dulu pun susah, mula-mula berniaga 3 or 4 jam je tidur.. dulu2 takda modal, ambil barang orang lain jual sikit2, cukup bulan baru bayar..
"Bukan senang nak berjaya"
3) You kena bagi supplier percaya pada you,
Kena komitmen bayar pada supplier..
Lepas dah lama bisnes dengan mereka, runding minta buat payment 60 hingga 90hari baru bayar sebab diorang sudah percaya sama you..duit tu you rolling modal..
4) You mesti mau bayar cukai kerajaan..
Supaya you mudah buat loan untuk kembangkan bisnes You..
5) lepas you dah maju, buat overlap loan untuk besarkan bisnes you.. yang penting you kena komitmen bayar loan tu..jangan sampai muflis..nanti you susah..
6) Buat akaun jaga duit keluar masuk..
Terima Kasih Uncle Ah Seng bagi Tips bisnes pagi2 hari tadi..
Syukur Alhamdulillah Allah ketemukan kami dengan orang cina yang dah berjaya..
Mereka tak kedekut ilmu pun untuk share kejayaan mereka walaupun hanya beberapa minit..
InsyaAllah kami akan cuba lakukan kesemua Tips2 Kejayaan dalam bisnes daripada Taukey Ah Seng.

BERSAMA BERAMAL.

No comments:

Post a Comment