Sunday, 6 September 2015

TEKS:ZARINAH SALEHAN

Assalamualaikum semua.
Syukur alhamdulillah dapat jugak saya munculkan diri dalam blog ini..Segannya nak bercerita tentang diri ini.Ialah sapelah saya ni..Insan biasa aje.Sekolah pun sampai tingkatan 5 aje,.Nama dlm ic Zarinah Salehan.di lahirkan di Yong Peng,Batu Pahat Johor.dari keluarga yg susah.9 org adik beradik.saya anak no 2,ada sorang abg.mak dan ayh masih ada tinggal di Kg Melayu Batu 4,Paloh.di besarkan di kg yg jauh dr bandar,sekolah rendah di kg .melayu bt 4 paloh.sambung ke sekolah menengah di sekolah menengah bandar paloh hingga tahap spm.tahun 1985.habis sekolah terus kahwin pada 9.2,1986.terus ikut suami dan membesarkan 6 org anak.memang tak pernah kerja sbb anak lahir setahun sorang.oleh kerana minat bab jahitan pergi belajar jahit di rumah kawan.selepas pandai jahit mula ambik tempahan.

Bermulalah sebagai tukang jahit.mula membeli dan mengumpul mesin jahit..dari yang murah hingga yang mahal.hingga saat ini ada lebih kurang 10 biji mesin.tahun 2000 ikut suami pindah mersing.mula buka kedai jahit yg pertama di kg sawah dato mersing.beroperasi hingga tahun 2005.Tahun 2008 beli mesin sulam yang pertama dengan buat pinjaman MARA.

Hujung tahun 2008 berhijrah ke Kluang dengan membuka kedai baru di Kluang dan beroperasi hingga kini..2010 buat bisnes MLM syarikat jual kopi hingga capai ensentif pelancongan ke Phuket dan Beijing. Tahun 2013 melancong ke Bangkok pula.Bulan 2 yang lepas saya ke Vietnam negara kain cotton dan sambil membeli kain2 cotton yang cantik lagi murah.

.tahun 2013 mula bisnes online jual brg jahitan hingga sekarang di samping buat kelas kelas sulaman menggunakan facebook.asal buat kelas di kedai sendiri lama-kelamaan merebak seluruh Malaysia termasuk Sabah.untuk mengembangkan bisnes ini saya cuba cari cara lain maka terjumpalah ABDR ini.

Tahun lepas terjumpa ABDR.tapi tak yakin lagi dan terus abai.tahun ni dah mula sedar pentingnya blog bisnes.mula chating ngan azuriyah dan terus join ABDR.Hingga kini masih belajar menulis di Blog.kalau ada yang salah minta tunjuk ajar dari cikgu2 yang mahir.

alkisahnya saya hingga kini.
berjumpa di tulisan yang lain pula.

Melancong ke VIETNAM


No comments:

Post a Comment