ENTRI 19
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN
Assalamualaikum semua.Sudah lama tak bersiaran di AKADEMI SULAMAN ZARINAH.
Almaklumlah sibuk minggu ini.Seawal 10 pagi 15hb september 2015 sudah bersiap-siap untuk bermusafir ke utara.Perkara yang paling utama kena siapkan ialah kenderaan untuk kami.Citra kesayanganku perlu di repair dulu.Terutamanya tayar perlu di periksa oleh yang pakar.Selalu kita chek guna tangan aje.Kalau tak lembik itu dah ok boleh bawa berjalan.Tapi kali pergi kedai tayar.So parking tepi.Pekerja pun park tempat yang betul.
Sekali periksa ,keempat-empat tayar bermasalah.Apalagi tukarlah 2 tayar baru.kemudian imbang dan pasang-pasang aje kul 3 petang pun siap semua.Kira-kira maka jumahnya rm450. wahhh banyaknya.Tapi takpe untuk keselamatan perjalanan yang jauh.
Tepat pukul 8 malam kami memulakan perjalanan ke utara.Sebelum masuk tol kami singgah warong tepi jalan untuk isi perut duu di pekan Ayer Hitam.Selepas itu kami meneruskan perjalanan.Dalam perjalanan kami tiada apa masalah.Biasalah berhenti isi minyak,buang air dan sebagainya.Kami berempat menuju ke utara.2 orang lelaki ,2 orang perempuan.Pemandu ada 2 orang.Tukar-tukar memandu kereta.
Tepat pukul 5 pagi pada 16hb september 2015 kami jejakkan kaki di negeri Perlis.
Alhamdulillah syukur dengan izin Mu ya Allah.
Maka bermula lah episod penjelajahan kelas sulaman nv950 brother di utara.
No comments:
Post a Comment