Monday, 28 September 2015

CARA BUAT KEK KUKUS

ENTRI  28
TEKS; FACEBOOK
FOTO; FACEBOOK

✔KEK KUKUS BUAH - BUAHAN
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
FRIDAY -26•06•2015
RECEPI BY : ALINAH BINTE ALI
PHOTO BY : NENEK MUMMY KEUKEN
NOTA KAKI :
SILA CUBA RESEPI INI YANG TELAH SAYA GUNAKAN SELAMA 30 TAHUN SEHINGGA SEKARANG. SELAIN BUAH - BUAHAN CAMPURAN ANDA BOLEH TUKARKAN DENGAN HIRISAN KURMA ATAU HIRISAN PRUNE.
SAYA SELALU MENGUNAKAN ACUAN MUFFIN UNTUK KEK PENGANTIN BERTINGKAT SERTA DOOR GIFT UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS ATAU MAJLIS TERTENTU.
SILAKAN SHARE ATAU TAG MENGIKUT KESELESAAN ANDA. SELAMAT MENCUBA DAN SALAM SAYANG UNTUK SEMUA.
BAHAN (A) :
600 GRAM TEPUNG GANDUM
454 GRAM MENTEGA TIN GOLDEN CHURN
450 GRAM BUAH - BUAHAN CAMPURAN
450 GRAM BADAM CINCANG
400 GRAM GULA TIMBANG HITAM (DARK BROWN SUGAR)
5 BIJI TELUR
2 SUDU TEH ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE
1 SUDU TEH CREAM OF TARTAR
1 SUDU TEH BICARBONATE OF SODA
1 SUDU TEH SERBUK BUAH PALA (NUTMEG)
BAHAN (B) :
220 GRAM GULA PASIR DI JADIKAN GULA HANGUS
BAHAN (C) :
KERAJANG TIMAH (ALUMINIUM FOIL)
TALI RAFFIA ATAU GETAH
CARA NYA :
(01) GAUL RATA BUAH - BUAHAN CAMPURAN BERSAMA SEDIKIT TEPUNG GANDUM AGAR BERDERAI.
(02) KEMUDIAN BAKI TEPUNG GANDUM DI AYAK BERSAMA CREAM OF TARTAR DAN BICARBONATE OF SODA.
(03) PUKUL GULA TIMBANG BERSAMA MENTEGA SEHINGGA KEMBANG. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SATU - PERSATU SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA.
(04) KEMUDIAN MASUKKAN BADAM CINCANG DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA. SETELAH ITU MASUKKAN BUAH - BUAHAN DAN PUKUL LAGI SEHINGGA RATA.
(05) PERLAHANKAN MIXER DAN MASUKKAN ORANGE PASTE ATAU LEMON PASTE SERTA SERBUK BUAH PALA SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA RATA. KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL DI PUKUL SEHINGGA HABIS. MATIKAN MIXER DAN BIARKAN SEBENTAR.
(06) MASAK GULA PASIR SEHINGGA MENJADI GULA HANGUS. KEMUDIAN TUANGKAN GULA HANGUS KEDALAM ADUNAN KETIKA MASIH PANAS LALU DI PUKUL DENGAN PERLAHAN SEHINGGA RATA. KEMUDIAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 1 MINIT DAN TERUS MATIKAN MIXER.
(07) GUNAKAN LOYANG 10 X 10 EMPAT PERSEGI. SAPUKAN MENTEGA DISEKELILING LOYANG DAN ALASKAN DENGAN KERTAS. KEMUDIAN SAPUKAN LAGI DIDASAR LOYANG DENGAN MENTEGA.
(08) TUANGKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG DAN KEMUDIAN TUTUP DENGAN KERAJANG TIMAH DALAM KEADAAN TEGANG. KEMUDIAN IKAT DENGAN TALI RAFFIA ATAU GUNAKAN GETAH DI TEPI LOYANG. KEMUDIAN KUKUS SELAMA 4 JAM.
(09) KETIKA AIR KUKUSAN TELAH SURUT, TAMBAHKAN DENGAN AIR PANAS KEDALAM PENGUKUS. JANGAN GUNAKAN AIR PAIP KERANA SUHU KEPANASAN NYA AKAN TURUT MENDADAK DAN AKAN MEMBANTUTKAN TEKSTUR KEK.
(10) KEK AKAN SUSUT SEDIKIT SETELAH SEJUK. BUNGKUS KEK DENGAN KERAJANG TIMAH DAN MASUKKAN KEDALAM BEKAS PLASTIK. JANGAN MASUKKAN KEK KEDALAM PETI SEJUK. BIARKAN SAHAJA DISUHU BILIK. KEK BARU BOLEH DI POTONG PADA KEESOKKAN HARI. DAN BARU BOLEH DIMASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK. TEKNIK BEGINI AKAN MEMBUAT KEK LEBIH BERMINYAK SERTA BASAH.








Teringin sangat buat kek kukus buah-buahan.Dah ada resepi nanti saya nak cuba buat.

No comments:

Post a Comment