TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN
Bila lagi nak buat kelas kat Kedah?Soalan biasa saya dengar dari peminat-peminat kelas sulaman.
Untuk pengetahuan semua setiap kelas sulaman yang saya buat adalah berjadual.
Setiap negeri dijadualkan setahun paling banyak dua kali atau sekali sahaja untuk setahun.
Ynag terbaru saya buat kelas sulaman di bahagian utara semenanjung.Yang di panggil Siri jelajah utara.
Ini kelas sulaman di Arau Perlis.Seramai 6 orang telah menyertainya.
Bersemangat dan teruja.Banyak ilmu yang dituntut.Ada yang telah 2 tahun beli mesin tapi sayang mesinnya hanya duduk dalam kotak sahaja.Alhamdulillah selepas kelas banyak tempahan yang di terima.
Kelas sulaman di Bertam ,Pulau Pinang.
Walaupun 3 orang yang join alhamdulillah dapat menambah nilai kehidupan mereka.
Walaupun dah berumur tapi sifat menimba ilmu masih tetap utuh dijiwa.
Menggunakan mesin yang canggih.walaupun terraba-raba mencari butang di mesin tapi tetap bersemangat.
Ini kelas di Taman Chepor ,Ipoh, Perak.
Kelas sulaman paling ramai .seramai 10 orang yang berkobar-kobar menuntut ilmu sulaman.Almaklumlah dah lama ada mesin sulam tapi masih tak tahu guna.Dan kelas sulaman ini adalah kelas yang pertama di buat di Ipoh maka ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran saya di sana.
Tahniah bagi yang dapat menghadirkan diri bagi menuntut ilmu sulaman dari saya.
Semoga anda semua terus maju jaya dan dapat menambah nilai kehidupan sendiri,keluarga,bangsa dan negara.Berjumpa lagi di lain kelas, di lain negeri.Anda kaya dan berjaya.
No comments:
Post a Comment