ENTRI 35
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN
Assalam semua.sibuknya saya hingga blog kesayangan saya ini terbiar aje.Mungkin ramai yang ternanti-nanti
apa lagi yang cikgu Ana nak kongsi dalam blog dia.Sebenarnya nak berkongsi perasaan saya selepas balik dari menghadirkan kursus IMKK.Kursus usahawan oleh Doktor Azizan Osman.
Banyaknya ilmu yang saya perolehi dari IMKK oktober 2015.
1;mengenali potensi diri.
2;membersih kolam jiwa.
3. halangan untuk berjaya
Dan bermacam-macam lagi ilmu.
Yang paling terkesan ialah The Power Of Syukur.
Selama ini tidak tahu ertinya syukur.Banyak benda yang Allah bagi kat kita.Banyak nikmat yang Allah turunkan.Namun kerana kelalaian kita ,kerana dosa kita,kerana kurang ilmu kita ,kita tidak pernah mengucapkan syukur pada ilahi.
Saya bersyukur sangat kerana Allah telah menurunkan kemahiran dan kepakaran saya dalam bab jahitan ,terutamanya dalam dunia sulaman.Walaupun ilmu saya sangat kerdil jika nak banding ilmu Allah yang maha luas.Dengan ilmu yang sedikit inilah saya nak berkongsi dengan semua orang.Dengan Misi dan Visi yang jelas untuk membantu lebih ramai insan-insan diluar sana maka terciptalah Akademi Sulaman Zarinah.
Di sini nanti akan ada kelas-kelas jahitan terutamanya yang berasaskan bab sulaman.
Belajar cara mana buat beg bersulam.Buat sejadah bersulam. buat tuala bersulam dan bermacam-macam lagi.
Nantikan kelas di Akademi Sulaman Zarinah.
No comments:
Post a Comment