ENRTI 41
TEKS;ZARINAH SALEHAN
FOTO; ZARINAH SALEHAN
Pengalaman si tukang jahit.
Assalamualaikum semua.Apa khabar ketika ini.Pastinya tukang jahit sedang bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pelanggan.Pakaian pengantin,pakaian sekolah,pakaian rasmi sekolah dan bermacam-macam lagi jenis tempahan.Saya pun dulu macam itu.Asyik duduk kat depan mesin jahit juki.Kejar tarikh pelanggan hendak ambik baju.
Manakan hendak jahit baju sekolah anak sendiri.Masa itu semua enam orang anak saya masih bersekolah.
Seorang dua pasang.Jika enam orang jadinya dua belas pasang hendak di jahit.Pergi kedai kain beli kain putih berela-ela banyaknya.Kain biru untuk kain sekolah rendah.Kain biru untuk sekolah menengah.Kain nipis untuk tudung dan bermacam-macam kain di beli.
Masa inilah jugak para ibubapa hantar baju-baju anak-anak mereka untuk jahit tanda nama dan lencana.
Ada tu nak cepat sebab anak-anak hendak balik asrama.Pelbagai lagi kerenah pelanggan.Layankan ajelah demi hobi saya sebagai tukang jahit.Walaupun penat tetapi seronok.
Tetapi itu semua tinggal kenangan sahaja.Saya sudah dua tahun tidak ambik sebarang tempahan jahit baju.
Saya lebih fokus kepada jual barang-barang jahitan secara atas talian.Mula-mula itu takut juga..Almaklumlah tiada ilmu.Lama-lama makin berani.Hingga kini perniagaan atas talian masih berlangsung.Di tambah lagi dengan perniagaan berbilang tingkat bersama produk-produk kesehatan yang semua orang cari.
No comments:
Post a Comment