Monday 23 November 2015

kelas sulaman online

ENTRI 37
TEKS ;ZARINAH SALEHAN
FOTO ;ZARINAH SALEHAN

Alhamdulillah selesai dua group kelas sulaman online.
walaupun bermacam halangan melintang tapi syukur sempat seledaikan ikut jadual yang telah ditetapkan.
terimakasih pada pelajar-pelajar saya.sentiasa bersemangat dan teruja setiap kali kelas online sulaman akan dimulakan.

Bila anak murid bersemangat cikgunya apa lagi berlebih-lebih lah semangatnya.
Pada permulaannya agak risau jugak macam mana nak buat kelas online ya.
boleh ke pelajar-pelajar saya mengikuti arahan saya.Namun dengan niat yang betul, dengan cara perlahan-lahan, semua pelajar dapat menyulam dengan jayanya.

Untuk pengetahuan semua, seorang pelajar saya Siti Fatimah Ludin adalah pelajar yang berjaya.Setiap kerja masa kelas ,dia mesti upload di facebook.Semenjak hari pertama kelas dia telah banyak dapat tempahan sulaman.Terutamanya sulaman keychain,sulam nama. sulam tuala dan sebagainya.

Maka tidak sia-sia dia menyertai kelas sulaman online saya.
Kelas sulaman online yang seterusnya pada 1hb december 2015 hingga 4hb december 2015



Sunday 8 November 2015

kelas SULAMAN ONLINE.

ENTRI 36
TEKS; ZARINAH SALEHAN
FOTO ; ZARINAH SALEHAN.


KELAS  SULAMAN  ONLINE  BY WHATSAPP

Pada 2hb november hingga 5hb nov 2015 telah berlangsung kelas sulaman secara online.
Pertama kalinya kelas sulaman di jalankan secara online.Iaitu menggunakan teknologi whatsapp.
Pada mulanya tidak begitu yakin dan takut hasilnya tidak memuaskan.Boleh ke saya mengajar secara online.
Faham ke pelajar-pelajar saya.Dan bermacam-macam lagi pandangan negetif.

Namun kerana semangat yang berkobar-kobar dari pelajar saya maka saya teruskan juga.
Pada hari pertama modul yg di ajar ialah mengenali fungsi-fungsi mesin.Setalah di ajar maka ramai lah yang tidak tahu.Tanda-tanda yang ada di mesin itu ada kegunaanya yang tersendiri.
Bila sudah kenal maka jatuh cinta la pula dengan mesin.

Pelajaran yang seterusnya ialah teknik yang betul untuk menyulam tuala.Pelbagai teknk di turunkan.Apa bezanya menyulam tuala dengan plastik .Cara pasang pemidang yang betul.Cara  yang betul taip font untuk tuala.Dan hasilnya memang puashati

Akhirnya ramai pelajar saya yang mahir menyulam tuala.Dan ramai yang puas hati dengan apa yang saya ajar.Macam tidak percaya sudah pandai menyulam walaupun belajar secara online.

Kita bersambung kelas sulaman online di malam yang ke sua pula.Kita tunggu esok ya.
Sekian,Terimakasih.